Wednesday, December 19, 2012

SKT 2012

Wah masing-masing di YS nie dah dapat borang SKT.. Erm kene kemaskini dan isi-isilah yer aper yang patut. Segala aktiviti sepanjang tahun 2012 nie kenelah direkodkan. tak lupa juga kursus sepanjang tahun yang dihadiri dan program2 YS yang berkaitan. Tempoh untuk menghantar sebelum 15hb Januari 2013 yer. Jangan dilewat2kan... peringatan juga buat diriku.. Tak sempat nak belek2 lagi... Hope sempatlah hantar sebelum tarikh yang ditetapkan... Ok kawan2 chaiyok2....




Wednesday, December 12, 2012

Pose & Pose...

Hi Morning semua... Jumpa lagi hari nie. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik. Ha.. waktu terluang kami nie suka pose dan pose lah kat off.. maklumlah ader cameraman along yang dok layan kami hehehe... kami semua nie tukang posing jew. memang suka bergambar. sesekali mesra2 ngan kawan2 betul tak?.. Korang waktu lapang buat aper yer... kali nie kami pose di balkoni menara YS. view permandangan dari atas tingkat 18 nie memang cantik. dah macam ala2 model plak kami nie kan. apepon just 4 fun only. suka sukie jer... K c u the next episod hehehe...




Tuesday, December 11, 2012

FaMiLyDay YS Nov 2012

My Ofis Yayasan Selangor telah membuat Familyday Jabatan pada 03 November 2012 yang lalu di Tiara Beach Resort, Port Dickson... Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya. Jumaat petang lagi aku with family telah bertolak kesana selepas waktu pejabat. Perjalanan kami hujan. Hubby ku berhati2 memandu maklumlah bimbang jalan yang licin. Alhamdulillah kami selamat tiba. Pada petang tue jenuhlah AJK menyiapkan hadiah untuk function esoknya.... Pada sebelah malamnya saya bersama keluarga keluar ambil angin malam di Telok Kemang dan singgah makan di Kedai makan Thai... Tak lama selepas itu sahabat off midah pula tiba bersama putera amsyar... Selepas makan kami pulang ke apartment penginapan bersama2.. Malam tue kerja kami hanya potong reben bagi mewakili kumpulan masing2 untuk acara sukaneka. hehehe... Malam tue lekalah puteriku bermain bersama Amsyar... Keesokannya, sibuklah dengan urusan pendaftaran ahli keluarga. awal pagi lagi dah sibuk dengan persiapan pentas dan PA sistem. Ader pulak hamper yang koyak dah kene balut lain adeehh.... sabo ajelah..... Suasana pagi tue amat cerah dan baik. proses pendaftaran dan persiapan berjalan dengan lancarnya.... bermulalah acara sukaneka antara kumpulan. Aku tak join aper2 pon cuma jadi tukang sorak memberi semangat. maklumlah lutut masih sakit lagi jadi kenelah jaga hehehe.... Banyak juga acara dewasa dan kanak2...Puteriku taknak masuk sukan pon. Puteri2ku awal2 lagi dah bermandi-manda di kolam renang. seronok mereka bermain... papa dielah yang temankan. selesai sukaneka ader acara cabutan bertuahlah pulak. alhamdulillah rezki ku dapatlah baucar JUSCO RM100.00... dapatlah shopping utk family nanti. Puteriku juga turut dapat baucar percuma Legoland. Bila yer nak pergi kesitu pula. hehehe.... Program sarapan pagi dan makan tengahari selesai. Tibalah masa tukar kupon KFC pulak lebih kurang jam 3.00 petang pengagihan dijalankan oleh urusetia bertugas.. Selepas itu aku menemani pula puteriku bermandi-manda. Masing2 melayan anak2 mereka bermain. Fun giler dapat berendam. Selesai bermandi manda kami pulang semula ke bilik apartment. Puteriku sibuk dah nak makan KFC. Seharian sibuk mandi baru terasa laparlah tue....
Selesai segalanya mengemas dan mandi  kami pon bersiap2 utk pulang... Kami ingat nak singgah minum petang tapi cuaca petang tue hujan lebatlah sangat.. Suasana pon lengang jer ramai yang sudah pulang. Kami pon terus pulang. Puteri2ku yang keletihan terus tertido lena sepanjang perjalanan... Alhamdulillah selamat tiba ke rumah... Rupa2nya pada petang tue melambak2 makanan kerana ramai kakitangan yang telah pulang awal. Takpelah bukan rezki kami sebab ingatkan dah habiskan... hehehe. apepon familyday kali nie tetap menjadi satu kenangan di sudut hati cewah....



MetBaLL @ IKEA

Wah biler tiba hari jumaat jew masing2 mencari destinasi untuk Lunch dan cuci2 mata. termasuklah aku.... Maklumlah waktu rehat yang panjangkan. Kebetulan pada jumaat lalu sahabatku fazura ajak pergi makan metball di IKEA. Apalagi aku pon tak lepaskan peluanglah untuk kesana. Selalu asyik dengar jer kawan2 cerita. Kesian baru nak sampai IKEA nie... Nama jer dok shah alam tapi tak pernah sampai ke IKEA lagi... maklumlah komitmen keluarga hujung minggukan... sampai jer waktu rehat yang dinanti apa lagi kami pon teruslah ke destinasi dituju. Sesampai jer disana punyalah ramai orang. beratur panjang tue... Apepon tunggu jugaklah. Erm.. macam2 menu ader. Superb jugaklah... Siap bawa bekas utk tapau bawak pulang. Kat sana tak sediakan bekas pon kalau kita nak tapau. Aku cuma order Fish & Chip dan menu bawa pulang metball.. yelah teringat jugakan dengan puteri2ku tue... Tengok pon dah terliurkan hehehe... side dish menu kami amik brokoli, chiken wing dan kek coklat. Harganya ok jugaklah taklah mahal sangat. Sekali-sekalakan.... Fun betul pegi sana. Pergi pulak dengan geng2 yang happening lagilah fun. Tapi just sekadar pergi lunch jer tak sempat cuci2 mata pon. Kalau nak diikutkan satu hari pon tak cukup. Waktu balik nak cari parking pon sampai silap tingkat hehehe kelakarlah pulak. Apepon kami enjoy... Lain kali kami datang lagi k...




SaLaM TaKZiaH Buat SaHaBatKu Man

Hari jumaat yang lalu pada 7/12/2012  sahabatku Khairuman kehilangan ayahanda tersayang. Takziah dari kami semua selaku sahabat2 sekerja dari YS... Kami doakan agar rohnya bapanya dirahmati dan di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman. amin... Salam Takziah dari kami semua..... Allah lebih menyayanginya.... Kami semua hanya mampu mendoakan yang terbaik buatnya... Semoga Man sekeluarga tabah menghadapi ujian ilahi ini dan redha pemergiannya....  Takziah sekali lagi dari kami semua...

Monday, November 19, 2012

Ayat Motivasi Diri

Ayat motivasi dapat menaikkan semangat kita terutamanya pada hari Isnin memang terkenal dengan “Monday Blues” dimana kebanyakkan orang akan menjadi lemau dan malas nak buat apa-apa kan... Post ini bertujuan untuk kongsikan kepada rakan2 beberapa mutiara kata dan ayat-ayat motivasi yang mampu untuk menaikkan semangat untuk berkerja...
  1. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
  2. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
  3. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  4. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
  5. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
  6. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
  7. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
  8. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
  9. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
  10. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
  11. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
  12. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
  13. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  14. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  15. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
  16. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
  17. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
  18. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
  19. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159
  20. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

 Mutiara kata ini saya share daripada web SantapanMinda.com.
Hope bersemangat bekerja hari ini... hehehe

Sunday, October 14, 2012

Pelik Kenape jadi Sifar

Salam kawan2..,
Baru start kejer arie nie setelah bercuti selama seminggu, mood kejer malas jew..rasanya. Tapi hidup perlu diteruskan seperti biasakan.. Lama betul tak update status baru kat blog nie... tapi ader yg pelik pulak kat blog saya hari nie... Kenapa yer jumlah yang melihat blog saya bertukar sifar.. Adeh "kosong" terus... mmg pelik. sebelum nie dah hampir cecah 300 orang... sedihnyer... bermula baliklah dari awal "numbering" tue... Apepon takpelah nie mesti gara "SPAM" nie... Just nak share sedih hati jew yelah tak seronok dah tengok nombor pelawat tue...hehehe... Apepon harap2 kengkawan terus bagi sokongan berkongsi pahit dan manis suka duka saya bersama2... Boleh share info untuk manafaat bersama mudah2an....

Wednesday, August 22, 2012

Wah DaPaT Ole2 RaYa

Alhamdulillah... lastday boss kejer sebelum cuti hari raya die bagi ole2 raye bersama angpau duit raya sekali... Rezki hari ini kan... Lepas tue my second boss pulak bagi kek coklat pulak seorang sebiji. Hand Made lagi... terharu betul rasanya.. Thanks Boss Pn.Linda dan En.Wan.. bagi ole2 hari raya buat kami... Amat besar nilainya pada kami...
Thank you so much boss!!. Kalau ader rezki tahun depan bagilah lagi... hehehe... Anyway, Selamat Hari Raya... Mohon Maaf Zahir & Batin dari saya buat semua......

IHYA RaMaDHaN Di AYSKL

Pada 14 Ogos yang lalu YS telah mengadakan program "Ihya Ramadhan" dan berbuka puasa di Asrama Tun Doktor Ismail Kg.Pandan... Kami semua warga YS pon hadir kesana bagi program berbuka puasa. Program berkhatam Al-quran juga turut dilaksanakan pada majlis itu. Meriah sungguh majlis pada petang itu... Turut diraikan anak2 dari maahad Tahfiz yang bersama mendedangkan nasyid. Comel budak2 nie..Qasidah pon pandai...
Tapi kali nie kakitangan sahaja tidak melibatkan keluarga pon... Anak2ku tinggallah kat umah with my cousin. Pada majlis nie, YS Brothers juga turut membuat persembahan pada majlis itu... produk YS lah katakan hehehe.... pastinya xerra ader same.. meriahlah petang itu sambil berbuka puasa ader persembahan nasyid sekali... cewah... Alhamdulillah program berjalan lancar.. Waktu pulang aku naik train dari maluri ke HQ.. kelakar pon ader. My hubby amik kt HQ jer... maklumlah jalan sesak... Cian die nanti... Apepon semuanya dah selesai... amin........










Sunday, July 29, 2012

4 Day's di Kem KBS

Awal Julai lalu aku with Team Audit En.wan, pn.linda dan Man menjalankan pengauditan prestasi di Kem KBS.. biasalah banyak benda yang nak di semak. Alhamdulillah 4 hari disana tenang jer. yelah sesekali kerja luar memang best...Cewah maklumlah selalunya asyik di HQ jer. Sambutan pihak kem dengan kami pulak meriahlah sangat.. Kami semua dijamu durian kampung lagi.. Sedap sungguh hik2.... biler malam masing2 kepanasan. Nasib baik suasana di kem nie sejuk. Legalah sikit.


Dikem juga, ada diadakan majlis bersara kakitangan kem... Makan "free" lah pulak. Rezki untuk hari ini...hehehhe... Malam pula kami keluar makan setelah selesai semakan kerja. Disana kami tak sempat nak jenguk sungai jew. Insyallah ader rezki nanti kami sampai lagi. Itupon kalau aku still lagi di unit same..hehehe.. mudah2an....... Jom layan aktiviti kami...








Wednesday, July 25, 2012

Ole-ole Ramadhan from YS

 Alhamdulillah.. Rezki RAMADHAN..Bestnyer dah dapat ole2 ramadhan dari Office... Thanks You So Much.. Bolehlah makan kurma waktu berbuka pose nanti hehehe... Ader kekacang campuran pasti sedap jugak... ape lagi, semua nie nak bawak blk kg ler...Semua Ahli PKSKKYS menerima sumbangan ini... Thanks kepada ahli2 Jawatankuasa yang prihatin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...