Thursday, April 26, 2012

Makan Malam Yayasan 2012

 10 April lalu Yayasan Selangor telah mengadakan Makan Malam Yayasan Selangor. Meriah sungguh dah lama benar semua kakitangan tidak berkumpul.. maklumlah dah dua tahun takde menganjurkan Familyday YS... Apepon makan malam nie tetap meriah dngan kehadiran rakan2 dari semua bahagian selain HQ... Aku terlibat secara langsung untuk mengendalikan hadiah selaku ajk kecil jawatankuasa hadiah.... Seharianlah berada di Kem KKB sebelum malam menjelang... Aku membantu pegawaiku En.wan dan yang lain2... Semua kakitangan dapat hadiah... best giler..hehehe. Acara bermula jam 8.30 mlm..... Semua kakitangan mengambil tempat masing2..... Pertandingan karaoke turut dijalankan.... ader seramai 16 orang peserta... Juara dimenangi oleh Sahabat Satu Unit denganku Xerra man hehehe........ Rezki die..... Tahniah yer...
Makanan macam2 ader hinggalah ke menu minum malam... masing2 tak putus2 menjamu selera... Aku bertugas dipentas bagi mengelolakan hadiah cabutan bertuah untuk kakitangan... Alhamdulillah dapatlah lampu bilik tidur dudero yang dibeli dari IKEA... cantik sungguh.... hehehe... Hadiah Grand prize TV Plasma 42" dimenangi olah kakitangan asrama... Hampir keseluruhan hadiah merupakan barangan elektrik... TQ YS atas makan malam yang cukup meriah ini.
Buat rakan2 yang dapat hadiah Grand tahniah.. rezki anda.... Apepon aku gembira menjadi sebahagian dari Warga YS... Majlis tamat jam 12.00 malam... Aku pulang ke PJ menaiki bas yang disediakan kerana hubby ku sudah sedia menanti kepulanganku di HQ...Thanks sayang... Tiba dirumah jam sudah pkul 2 pagi.. teroslah TidO...ZZZZzzzzz....... Good Night....

Bersama rakan kerja yang Giler2... hehehe
















Wednesday, April 25, 2012

Kursus Aduan Pelanggan MS ISO di HQ,YS



 Pada 16 dan 17 april 2012 yang lalu Jabatan YS ada menganjurkan Kursus MS ISO Aduan Pelanggan untuk kakitangan YS. Aku pon turut tak terkecuali dari mengikuti kursus ini... Alhamdulillah kursus berjalan lancar dengan jayanya selama dua hari ... Banyak ilmu yang diperolehi dari kursus ini... Bermanfaat dalam melaksanakan tugas di jabatan masing2.... Aku kongsikan sedikit kenangan sepanjang kuursus tersebut.... Layanzzz......





 
Rakan2 sekerjaku.........



Thursday, April 5, 2012

S.P.I.E.S 2010

Pada Oktober 2010 yang lalu kami dihantar mengikuti kursus SPIES anjuran Kerajaan Negeri Selangor... Semua jabatan kerajaan dalam Negeri Selangor wajib mengikuti kursus ini... Termasuklah aku kene turut serta... 5 orang wakil dari jabatan Yayasan Selangor menghantar wakil peserta...Kursus 2 hari 1 malam jer... Memang seronok. sesekali beriadah menguji minda dan staminakan!!... walaupun letih dan penat tetapi dari segi kerohanian ia dapat membentuk peribadi yang cemerlang.. cewah macam pujanggalah pulak....
Kami pergi ke Kem Kuala Kubu Bharu menaiki kereta jabatan.. sampai disana awal pagi jam 10.00 pagi.. pendaftaran peserta pon dijalankan... dan pembahagian kumpulan dilaksanakan.. pengelola program ialah En.Elyas dari Excel Traning... Cukup Sporting.... Perlantikan kumpulan pon dibuat.. peserta tak ramai pon dalam 60 orang sahaja... Ada dari Muzium Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam dan pelbagai jabatan lain... Aku telah dilantik sebagai ketua kumpulan.. berdebar rasanya namun aku pikul tanggungjawab ini... Ahli kumpulan turut membantu dari segala aspek... program kerja2 kumpulan dilaksanakan mengikut modul yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri... Kursus ini memang letih namun dengan adanya rakan2 yang sporting semuanya menjadi mudah... Seronok sgt2... Aktiviti petang juga kami beriadah dengan happy...  Ada suka dan duka..hehehe. hinggalah lewat malam ada kuliah malam.. Keesokan harinya seawal pagi kami semua ada program Qiamullail... selepas itu riadah pagi... Macam2 gelagat teman2 kursus nie... Tengahari makin hampir dan tibalah masa acara penutup dilaksanakan.... Kumpulanku menjuarai ketegori kumpulan Wanita... Tahniah buat rakan2 yang banyak membantu.... Sayang U All....... Walaupun kursus 2 hari ini amat singkat tapi kemesraan dalam kursus membuatkan kita akrab sesangat... Kalau ada rezki kita pasti akan berjumpa lagi..... Memori bersama akan tetap terpahat di hati selamanya........

Saya kongsikan gambar kenangan untuk tatapan....








Karaoke Time

Sesekali rasa nak lepaskan keletihan lepas penat bekerja cuba teka aper yang kami buat?...hehehe ape lagi "Redbox Sunway" Piramid menjadi tempat kami melepaskan tension kalau dah pening sangat memikirkan kerja2... heheehee... seketika otak pon kene relax jugak... itulah yang aku dan rakan2ku lakukan..... hilang tension bila dah menyanyi.. macam2 suara jelas terdengar..hehehe.. Aku nie taklah pandai menyanyi sangat... sajer suka2 jer bolehlah... Ada dikalangan temanku pandai jugak menyanyi... terutama man@xerra nie.. pergh.. kalau disebalik tabir tue pasti yang sangka suara tue milik Ning Baizura hehehe...beruntung dapat  kawan2 kerja yang satu kepala  nie. Macam ragam... Jom kita Layanz... ragam teman2ku bila dah dapat pegang mikrofon..hehehe...

 Jom Layanz kami..........


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...