Sepanjang bekerja di Yayasan Selangor tak berkesempatan langsung ke Malam anugerah kakitangan YS... Maklumlah di pinjamkan ke PULAPES. Komitmen kerja disana sungguh tinggi.. perlu menghadiri segala aktiviti disana... Apabila dah bertugas di HQ Petaling Jaya nie barulah kali nie aku dapat turut serta bagi memeriahkan majlis ini...
Seronok juga, bertempat di Intekma resort Shah Alam... Ramailah kakitangan yang hadir. Bagi kakitangan yang diberi pengiktirafan Tahniah yer... Mudah2an akan lebih cemerlang n gemilang di masa akan datang... sedikit gambar untuk dikongsikan buat tatapan anda...
Berposing sebelum ke Hotel Intekma Resort.....
Bergambar bersama faizah, kak siti & Pn.Izana......
Kenangan bersama teman rapat Kak Milah selepas majlis anugerah....
Tuesday, December 23, 2008
Sunday, December 21, 2008
Memori PULAPES
Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES) ditubuhkan pada pertengahan tahun 2003. Tempat latihan adalah di Pusat Latihan Belia Jugra (PLBJ). Waktu tue aku bekerja disana sebagai kerani di kem itu. PULAPES diwujudkan untuk melatih Penguatkuasa di Negeri Selangor sebagai persediaan asas untuk menyiapkan diri dengan tugasan harian..
Aku dipinjamkan oleh Yayasan Selangor menjadi staff di PULAPES. Dari tahun 2003-2006. Banyak benar pengalaman yang dapat aku ceburi selain menjadi kerani disitu. Menghubungi penceramah-penceramah yang terdiri dari pelbagai agensi .. dan dalam masa yang sama aku turut dapat mengikuti semua program yang di uruskan PULAPES...
Aku turut dihantar mengikuti kursus kejurulatihan bagi mengelolakan aktiviti Latihan Luar di Kem ALIM.. Akhirnya, aku jadi kakitangan yang serba boleh... Dari kerja2 kerani, mendaki bukit, berkayak, repelling, Outing, Night drop, menembak m16 dan revolver... semuanya aku ikut sama... memang seronok... Disamping tue aku turut dapat ramai kawan dari semua PBT di Selangor. Tak lupa juga peserta luar selangor dari Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS)... Ada juga rakan2 pelatih yang masih aku hubungi hingga kini...
Banyak sungguh kenangan indah di PULAPES.. Rindu rasanya dengan kawan2 lama... Sampai jodohku juga dipertemukan di PULAPES.. dengan seseorang jejaka yang juga bertugas di PBT Selangor...hehehe... kelakar pon ader. tapi itulah jodohkan...Sampai majlis Perkahwinanku juga pelatih kursus hadir sebagai penanggar bergotong royong memeriahkan majlis.. terima kasih banyak2... Kini semuanya tinggal kenangan, selepas aku berkahwin aku kembali semula bertugas di bawah naungan Yayasan Selangor pada hujung tahun 2006.....
Tinggallah rakan2 yang masih bertugas hingga kini di PULAPES...
Pelatih Siri 2/2003
Antara rakan pelatih PULAPES yang menghadiri kursus.
Register pelatih PULAPES bagi program menembak revolver bersama PDRM Kuala Langat.
Aktiviti luar repelling di Kem ALIM

kenangan sebelum perlawanan persahabatan bersama Perbadanan Putrajaya... Kursus Asas Siri 1/2006.
Dari kanan kak izan, kak Sari, Yatie, aku, e-chot & ina.
Kenangan bersama rakan kerja PULAPES
Kenangan bersama Midah, E-one, Am dan Abg Gee selepas Majlis Tamat Latihan Peserta Kursus.. Penat betul rasanya.....
Saat berita dapat kerja di Kem Pusat Latihan Belia Jugra Yayasan Selangor gembiranya lah hati.... Staff tak ramai sgt masa tue... Lepas tue kem diambil alih oleh kerajaan Negeri Selangor SUK. Nama kem pon bertukar pula menjadi Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES). Keseronokkan bekerja di Kem masih segar lg diingatanku... seronoknya bila terkenang kembali kenangan2 lamakan... apepon masing2 ader tugas2 lain yg perlu diselesaikan.... Semua dh bawak haluan sendiri termasuklah aku.... Tapi masih bekerja di Yayasan Selangor...hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)