Aku dipinjamkan oleh Yayasan Selangor menjadi staff di PULAPES. Dari tahun 2003-2006. Banyak benar pengalaman yang dapat aku ceburi selain menjadi kerani disitu. Menghubungi penceramah-penceramah yang terdiri dari pelbagai agensi .. dan dalam masa yang sama aku turut dapat mengikuti semua program yang di uruskan PULAPES...
Aku turut dihantar mengikuti kursus kejurulatihan bagi mengelolakan aktiviti Latihan Luar di Kem ALIM.. Akhirnya, aku jadi kakitangan yang serba boleh... Dari kerja2 kerani, mendaki bukit, berkayak, repelling, Outing, Night drop, menembak m16 dan revolver... semuanya aku ikut sama... memang seronok... Disamping tue aku turut dapat ramai kawan dari semua PBT di Selangor. Tak lupa juga peserta luar selangor dari Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS)... Ada juga rakan2 pelatih yang masih aku hubungi hingga kini...
Banyak sungguh kenangan indah di PULAPES.. Rindu rasanya dengan kawan2 lama... Sampai jodohku juga dipertemukan di PULAPES.. dengan seseorang jejaka yang juga bertugas di PBT Selangor...hehehe... kelakar pon ader. tapi itulah jodohkan...Sampai majlis Perkahwinanku juga pelatih kursus hadir sebagai penanggar bergotong royong memeriahkan majlis.. terima kasih banyak2... Kini semuanya tinggal kenangan, selepas aku berkahwin aku kembali semula bertugas di bawah naungan Yayasan Selangor pada hujung tahun 2006.....
Tinggallah rakan2 yang masih bertugas hingga kini di PULAPES...
Pelatih Siri 2/2003
Antara rakan pelatih PULAPES yang menghadiri kursus.
Register pelatih PULAPES bagi program menembak revolver bersama PDRM Kuala Langat.
Aktiviti luar repelling di Kem ALIM
kenangan sebelum perlawanan persahabatan bersama Perbadanan Putrajaya... Kursus Asas Siri 1/2006.
Dari kanan kak izan, kak Sari, Yatie, aku, e-chot & ina.
No comments:
Post a Comment