Semasa bertugas di PULAPES merasa jugaklah aku menghadiri Majlis Makan Malam yang digelar Mesnight atau Makan Beradat... Majlis ini diadakan bersama pelatih kursus Pulapes di Intekma Resort Shah Alam..... Meriah sungguh.. Memang seronok.. Nak makan pon ada protokol hehehe.. kelakar pon ader. Masing2 telah mengikuti dan mempelajari cara menikmati hidangan ala2 mesnight...
Setahu aku, Mesnight nie biasa dilaksanakan oleh angkatan tentera sahaja apabila ada function istimewa yang hanya boleh dihadiri bersama pasangan sahaja... Masa makan diiringi oleh alunan muzik... sekiranya muzik tamat dilarang makan lagi mahu pon memegang sudu..
Mula2 rasa kelakarlah jugak. tapi lama kelamaan jadi macam satu
majlis yang istimewa yang memerlukan adap makan yang cukup sopan... Macam2 ragam dapat dilihat... Tertawa sendiri rasanya.. hehehe.. Menghadiri majlis ini adalah merupakan
satu pengalaman baru buat diriku dan kakitangan PULAPES yang lain. Kami bangga dapat turut serta bersama Pengarah dan Pegawai2 Penguatkuasa PBT dari seluruh Negeri Selangor... Siap bergambar kenangan lagi dengan Tn.Kamal Effendy iaitu penceramah bebas yang cukup terkenal berkenaan jenayah di Malaysia... Bergambar jugak dengan our Big Boss PULAPES Tn.Hakim.. Garang tau..Semua kenangan indah ini kan ku jadikan kenangan yang mekar diingatan...... Thanks PULAPES.....
No comments:
Post a Comment