Wednesday, February 13, 2013

Korporat Uniform Day

Baru- baru nie kami dapat Uniform baru korporat untuk semua kakitangan YS. Mak Aii.... color die terang betul Merah & Kuning. Negeri Selangorlah katakan... Dapat2 jew labuh giler bajunya macam nak pakai jubah pulak. Jadi kenalah aku hantar tailor repair balik. Jadi sekarang setiap rabu kenelah pakai baju nie sebab dah keluar pekeliling YS. Hari isnin ditetapkan warna putih yang sedia ada termasuk selasa juga warna biru yang sedia ada. Haa. hari rabu kenalah pakai merah kuning nie... hurm.... tapi dah lama2 pakai cantik pula bila dah ramai2 pakai sedondon gitu. Nampaknya baju kurung yang melambak tue tak terpakai sangatlah yer. Harap pakai nak pergi majlis kawin atau kenduri kendara ajelah hehehe... 
Takpelah kalau nak melaram, boleh melaramlah pada hari khamis atau jumaat jew... hihihi.. Pekeliling dah keluar wajiblah pakai ok kawan2.... Ha ingat tue... Jangan Lupa...!! ok jumpa next session...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...