Wednesday, April 4, 2012

Pusat Latihan Belia Jugra Yayasan Selangor

 Aku menamatkan kerja di tempat lamaku dan bermulalah kerjaku sebagai kerani di Pusat Latihan Belia Jugra Yayasan Selangor.... Banyak yang ku pelajari disana. kerja2 pengkeranian yang bagiku amat mencabar. Boss ku yang banyak memberi tunjuk ajar buatku adalah En.Shamsudin Daud... Dah macam bapak ku... Banyak ilmu yang diberikan olehnya padaku... Kakitangan disitu ketika itu hanyalah Lima orang sahaja iaitu En.Azmi sebagai Penyelia Logistik, En.Hassan Ahamad sebagai eksekutif dan abg poji selaku despatch dan membantu pengurusan... Kami semua gembira dapat bekerjasama menjayakan segala program di kem PLBJ. Dari segi pemasaran, membantu proses penyewaan kem dan macam2 lagi..... Hampir 2 tahun kami bekerjasama bersama sehinggalah pengambilan kerajaan negeri terhadap kem ini untuk dijadikan kem latihan untuk Penguatkuasa Selangor.... Kini En.Sham dan yang lain2 semua dah bawa haluan masing2....
Aku pon dah berubah haluan...hehehe... Terima kasih semua atas segala tunjuk ajar...hehehe
 
 saat mula masuk kerja
 
 
 
 
 
 

Friday, March 30, 2012

Seminar di Hotel Singgahsana

Singgahsana berdekatan jer dengan off ku... Tapi aku tak pernah lagi sampai kesana... kebetulan ada seminar yang di anjurkan oleh YS dapatlah aku memasuki kawasan hotel.... besar jugak kawasan hotel hehehe... seminar Kritikal Islam. Jemputan Khas Menteri Besar Selangor Dato' Khalid Ibrahim... Dewan dipenuhi dengan kakitangan dan tetamu yang hadir.. meriah sungguh... 
 Dapatlah sedikit Ilmu baru dari Seminar nie... Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancang... Jam 5.00 petang barulah selesai majlis ini... Sedikit kenangan ragam rakan2 sekerja sepanjang majlis seminar untuk di kongsikan...hehehe Layanzz......



Kenangan bersama Rahmat

Yayasan Selangor sentiasa di kunjungi oleh pelajar praktikal dari pelajar universiti sekitar Selangor khususnya... Salah seorang yang rapat dengan kami adalah Rahmat pelajar praktikal dari UKM, bangi... Beliau nie dari seberang Padang, Indonesia... Pemalu dah sopan santun rahmat nie... kami semua suka menyakatnya... Die di tempatkan di bhgn.pendidikan berjiran dengan department aku... Jadi mesralah kami semua bersamanya selama 4 bulan... Sekarang nie die melanjutkan pelajarannya di Oxfort, London... Amik Master disana... Tahniah rahmat belajar  hingga ke Menara Gading... Sedikit gambar kenangan kami bersama rahmat untuk di kenang.....




Monday, October 26, 2009

Hari Raya YS 2009


 Yayasan Selangor mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Yayasan yang diadakan di Dewan tingkat 16 Menara Yayasan Selangor, PJ... Ramailah tetamu yang hadir selain kakitangan YS. Alhamdulillah majlis berjalan dengan jayanya.... Tetamu kehormat juga turut serta pada majlis ini... Tak lupa juga kepada penyewa2 di bangunan Yayasan Selangor... Macam2 juadah yang ada... memang meriah... Saya kongsikan kenangan disepanjang majlis berlangsung untuk tatapan bersama.....



Nie semua orang kuat majlis nie....










 Amboi salam YB.Halimah nampak...Exco Negeri Selangor









Menjamu selera..macam-macam menu ada.......









Bersama Kak milah...penyambut tetamu tue...hehehehehehe

Tuesday, April 28, 2009

Hari Perhimpunan Bulanan Disember 2008

Bulan Disember kali nie Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia menjadi Hos bagi Program perhimpunan bulanan yang mana taklimat bulanan disampaikan serta meraikan Hari Jadi Kakitangan pada bulan Disember... sungguh meriah rasanya kebetulan majlis hari jadiku juga turut serta pada bulan ini... Maka bertambah gembiralah.......hehehe sedikit gambar buat tatapan rakan2....hope enjoy......



Bergambar kenangan bersama Kak Hanipah...










Pelbagai gelagat nampaknye......















Bersama barisan kakitangan Pentadbiran & Sumber Manusia Yayasan Selangor... selaku Hos pada bulan ini... Dari kiri Kak Azmah, kak Nipah, Rina, Anies, kak Midah, aku lah dan Kak Mek Zah....Hehehehee

Tuesday, December 23, 2008

Malam Anugerah Kakitangan Yayasan Selangor 2008

Sepanjang bekerja di Yayasan Selangor tak berkesempatan langsung ke Malam anugerah kakitangan YS... Maklumlah di pinjamkan ke PULAPES. Komitmen kerja disana sungguh tinggi.. perlu menghadiri segala aktiviti disana... Apabila dah bertugas di HQ Petaling Jaya nie barulah kali nie aku dapat turut serta bagi memeriahkan majlis ini...

Seronok juga, bertempat di Intekma resort Shah Alam... Ramailah kakitangan yang hadir. Bagi kakitangan yang diberi pengiktirafan Tahniah yer... Mudah2an akan lebih cemerlang n gemilang di masa akan datang... sedikit gambar untuk dikongsikan buat tatapan anda...




Berposing sebelum ke Hotel Intekma Resort.....











Bergambar bersama faizah, kak siti & Pn.Izana......









Kenangan bersama teman rapat Kak Milah selepas majlis anugerah....

Sunday, December 21, 2008

Memori PULAPES

Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES) ditubuhkan pada pertengahan tahun 2003. Tempat latihan adalah di Pusat Latihan Belia Jugra (PLBJ). Waktu tue aku bekerja disana sebagai kerani di kem itu. PULAPES diwujudkan untuk melatih Penguatkuasa di Negeri Selangor sebagai persediaan asas untuk menyiapkan diri dengan tugasan harian..

Aku dipinjamkan oleh Yayasan Selangor menjadi staff di PULAPES. Dari tahun 2003-2006. Banyak benar pengalaman yang dapat aku ceburi selain menjadi kerani disitu. Menghubungi penceramah-penceramah yang terdiri dari pelbagai agensi .. dan dalam masa yang sama aku turut dapat mengikuti semua program yang di uruskan PULAPES...

Aku turut dihantar mengikuti kursus kejurulatihan bagi mengelolakan aktiviti Latihan Luar di Kem ALIM.. Akhirnya, aku jadi kakitangan yang serba boleh... Dari kerja2 kerani, mendaki bukit, berkayak, repelling, Outing, Night drop, menembak m16 dan revolver... semuanya aku ikut sama... memang seronok... Disamping tue aku turut dapat ramai kawan dari semua PBT di Selangor. Tak lupa juga peserta luar selangor dari Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS)... Ada juga rakan2 pelatih yang masih aku hubungi hingga kini...

Banyak sungguh kenangan indah di PULAPES.. Rindu rasanya dengan kawan2 lama... Sampai jodohku juga dipertemukan di PULAPES.. dengan seseorang jejaka yang juga bertugas di PBT Selangor...hehehe... kelakar pon ader. tapi itulah jodohkan...Sampai majlis Perkahwinanku juga pelatih kursus hadir sebagai penanggar bergotong royong memeriahkan majlis.. terima kasih banyak2... Kini semuanya tinggal kenangan, selepas aku berkahwin aku kembali semula bertugas di bawah naungan Yayasan Selangor pada hujung tahun 2006.....
Tinggallah rakan2 yang masih bertugas hingga kini di PULAPES...
























Pelatih Siri 2/2003








Antara rakan pelatih PULAPES yang menghadiri kursus.







Register pelatih PULAPES bagi program menembak revolver bersama PDRM Kuala Langat.



Aktiviti luar repelling di Kem ALIM








kenangan sebelum perlawanan persahabatan bersama Perbadanan Putrajaya... Kursus Asas Siri 1/2006.
Dari kanan kak izan, kak Sari, Yatie, aku, e-chot & ina.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...